Media Islamik merupakan sebuah platform untuk berkongsi sumber ilmu agama, hukum, hadis, Al-Quran, ingat mengingati, inspirasi dan tauladan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Harapan kami agar kita semua merasai betapa indah dan manisnya Islam melalui pengetahuan, penyampaian dan pengamalan hal-hal berkaitan Islam secara menyeluruh.
Harapan kami juga agar segala ilmu dan pengetahuan yang kami sampaikan dan anda menerimanya diberi ganjaran oleh Allah SWT. Jika ada sebarang kekhilafan kami, sila beri teguran yang membina dengan penuh ilmiah.
Sesungguhnya ilmu itu wajib dikongsi dan setiap perkongsian pengetahuan yang baik pasti akan dikurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Semoga dengan ilmu pengetahuan yang kita dapat, boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian agar kehidupan kita dipenuhi keberkatan serta dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan harian.