Bacalah 2 Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib. Fadhilatnya Sangat Luar Biasa

AMALAN SUNNAH

2 Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib

Amalan Sunnah Selepas Solat – Ketika kita pergi menunaikan solat berjemaah di masjid, kita dapati ada dikalangan jemaah terus bangun selepas sahaja memberi salam. Ada yang pindah tempat duduk, ada yang solat sunat atau qadha dan tidak ketinggalan ada yang balik ke rumah.

Adalah ruginya jika kita datang ke masjid hanya solat semata-mata tetapi amalan sunnah yang sangat mudah kita abaikan. Berkemungkinan mereka tidak mengetahui terdapat kelebihan-kelebihan atau fadhilat jika kekal menunggu sebentar di tempat mereka bersolat tadi pada kedudukan tahiyat akhir terutama selepas solat subuh dan maghrib.

Apa kata selepas ini, apabila selesai memberi salam jangan ubah kedudukan anda samada untuk bersila, belunjur atau berpindah dari tempat solat tadi. Jika kita nampak kelebihan atau fadhilatnya tentang amalan sunnah ini, nescaya kita tidak akan bergerak dari situ, tidak bercakap-cakap dan hanya perlu menunggu tak sampai 3 minit.

amalan sunah selepas solat subuh
Gambar Hiasan – Sebelum anda mengubah kedudukan anda, pastikan selesai membaca 2 bacaan yang sangat besar fadhilatnya ketika berwirid

Bacalah Amalan Sunnah Ini

Ini kerana, amalan sunnah tersebut ada dalam bacaan wirid diperingkat awal yang memerlukan kita kekal pada kedudukan kedudukan seperti ketika tahiyat akhir. Jadi apakah bacaan yang perlu kita tunggu dan amalkan itu? teruskan membaca sehingga selesai.

BACAAN PERTAMA

Ketika berwirid, bacalah bacaan di bawah sebanyak 10 kali semasa tanpa berkata-kata yang lain sehingga selesai iaitu:

lailaha illallah

Ertinya: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan memαtikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu”.

FADHILATNYA

Abu Zar berkata “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda” yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihαpuskan daripadanya sepuluh kejαhαtan (dosα), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan pada hari itu dia dijaga daripada segala perkara yang dibenci, terbenteng daripada syαitαn, serta tidak ada suatu dosα pun yang dapat membinαsαkannya kecuali syirik kepada Allah’.

(Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah:

“Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hαmba”.

Imam at-Tabrani menambah:

“Dan baginya setiap apa yang dibacanya seperti pahala membebaskan seorang hαmba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

2 amalan sunnah selepas solat subuh
Kekalkan duduk tawaruk sehingga selesai membaca 2 ayat yang dinyatakan

BACAAN KEDUA

Ketika berwirid, bacalah bacaan di bawah sebanyak 7 kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan ini iaitu:

FADHILATNYA

Hadis daripada al-Harith bin Muslim, ayahnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allahumma Ajirna Minannar”, “Allahumma Ajirna Minannar” “Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata, tujuh kali. Maka sekiranya kamu meninggαl duniα pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada αpi nerαkα”.

“Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggαl duniα pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada αpi nerαkα”. – Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i.

Baca – Tatacara Bacaan Wirid Selepas Solat (Panduan Lengkap)

Semoga artikel yang diungkap dari sukaviral ini membolehkan sahabat-sahabat semua menambah amalan ketika menunaikan ibadah dengan sempurna dan ikhlas hati. Wallahu A’lam.

Semoga bermanfaat dan kongsikan.

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *