Ibadat Umrah Akan Dibenarkan Semula Mulai 4 Oktober

ibadat umrah

Arab Saudi memberi kebenaran semula ibadat umrah secara berperingkat-peringkat bermula pada 4 Oktober ini. Ia kembali dibenarkan selepas ditangguhkan selama tujuh bulan kerana C0V1D-19.

Kebenaran Semula Ibadat Umrah

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan oleh Saudi Press Agency, menyatakan sebagai permulaan, kira-kira 6,000 penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari bermula dari tarikh yang dinyatakan.

ibadat umrah
Sebagai permulaan, ibadat umrah akan dibenarkan untuk rakyat tempatan terlebih dahulu.

Bagi jemaah dari luar negara, mereka akan mula dibenarkan untuk berbuat demikian pada 1 November. Kapasiti yang dibenarkan untuk sehari dinaikkan sehingga 20,000 orang.

Kementerian itu juga menyatakan umrah akan dibenarkan untuk dilaksanakan dalam kapasiti penuh hanya selepas C0V1D-19 tiada sepenuhnya.

Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi menangguhkan ibadat umrah dan menghadkan kapasiti bagi ibadat haji tahunan pada Mac lalu berikutan dengan kebimbangan akibat daripada C0V1D-19 ke kota-kota sucinya.

Namun, keputusan untuk membolehkan umrah dibuat sebagai tindak balas kepada ‘aspirasi umat Islam di dalam dan luar negara’ untuk melakukan ibadat terbabit serta menziarahi kota suci.

Arab Saudi ibarat sebagai penjaga kepada dua kota suci, Makkah dan Madinah. Mekah dan Madinah dilihat dapat menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun juga menjadi salah satu sumber ekonomi utamannya.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman mengatur pembaharuan rancangan ekonomi 2030 negara pengeluar minyak terkemuka dunia, daripada kebergantungan terus terhadap pengeluaran minyak kepada sumber pendapatan lain, termasuk ziarah keagamaan.

Umrah merujuk kepada ziarah umat Islam ke Makkah yang dilakukan bila masa sepanjang tahun dengan menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun.

Baca – Kisah Pekerja Pencuci Di Masjidil Haram Rupanya Seorang Jutawan

Menurut Berita Harian, Kerajaan Arab Saudi berusaha untuk membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun bermula 2030. –Media Islamik

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *