Doa Naik Kenderaan Agar Perjalanan Selamat

doa menaiki kenderaan

Saban hari ada saja pergerakkan kita dengan kenderaan ke mana-mana sama ada ke tempat kerja, pusat membeli belah, hospital atau lain-lain jabatan atau agensi kerajaan atas urusan yang tersendiri. Adakah kita sering membaca doa naik kenderaan atau sering terlupa atau tidak ambik kisah?

Doa adalah kekuatan untuk orang-orang Islam. Jadi untuk memulakan sesuatu perkara itu, eloklah dimulakan dengan doa. Allah SWT juga menyeru kepada hambanya agar sentiasa berdoa kepada-Nya. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”.

Kenapa Perlu Membaca Doa Naik Kenderaan

Sebagai umat Islam adalah disyorkan agar memohon keselamatan diri dengan membaca doa sebelum memulakan perjalanan ke mana saja destinasi yang ingin dituju. Mohonlah perlindungan dan keselamatan diri dengan Allah SWT agar selamat sampai ke destinasi. Tidak kiralah anda menaiki kenderaan darat, laut dan udara.

Apabila kita keluar dari tempat kediaman atau dari mana sahaja dan ingin memulakan perjalanan dengan kenderaan, bacalah doa naik kenderaan sebagai amalan seperti di bawah:

DOA NAIK KENDERAAN DARAT

 

Jika anda menaiki kenderaan di darat, samada menaiki kereta, motosikal, bas, keretapi dan sebagainya, maka sesuailah dibaca doa berikut. Doanya tidaklah begitu susah untuk diingati. Mulakan dengan lafaz بِسْــــمِ ٱللَّــهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيْــــمِ

doa naik kenderaan darat

Maksudnya:

“Segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya”.

Sepanjang perjalanan kadang kala kita akan melalui jalan-jalan yang berliku, manaiki dan menuruni kawasan berbukit dan sebagainya. Dikala ini, seeloknya kita bertasbih atau bertakbir dengan suara yang tidak begitu nyaring.

Pastikan anda sentiasa tenang jika memandu. Berwaspadalah dan bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. Sabar dan elakkan dari mengeluarkan perkataan yang tidak baik kerana ia akan menjerumus anda kepada sifat yang dibenci oleh Allah SWT.

Seeloknya basahkan bibir anda dengan memuji nama Allah SWT, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan beristighfar.

DOA NAIK KENDERAAN LAUT DAN UDARA

Sekiranya anda menaiki kenderaan udara, laut, sungai atau terusan, ianya sangat sesuai di baca doa seperti di bawah. Jangan lupa didahului dengan kalimah بِسْــــمِ ٱللَّــهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيْــــمِ

doa menaiki kenderaan

Maksudnya:

“Dengan nama Allah ketika mula bergerak (perjalanan) dan berhenti (berlabuh dan mendarat); Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Adab Menaiki Kenderaan

1. Membaca doa sebelum menaiki kenderaan. Adalah lebih baik membaca doa agar Allah SWT memberkati dan mempermudahkan perjalanan kita.

2. Ikut giliran. Berbaris terutamanya ketika menaiki kenderaan awam untuk mengelak dari berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti terjatuh dan sebagainya.

3. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. Jika ada warga emas, orang kelainan upaya dan wanita hamil, berilah keutamaan kepada mereka terlebih dahulu.

4. Jangan Bising. Elakkan membuat bising agar tidak mengganggu ketenteraman atau ketenangan orang lain.

5. Jaga Kebersihan. Jangan sesekali membuang sampah di dalam kenderaan agar kebersihan sentiasa terjaga. Buang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Jika anda yang memandu, pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas disamping sentiasa mengingati dan berharap kepada Allah SWT semoga perjalanan anda selamat.

Sumber: akumuslim & safiqolbu

Walau pun anda sudah berdoa, tidak bermakna anda boleh memandu kenderaan sesuka hati anda. Anda wajib memandu dengan berhemah – Media Islamik

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *