Cara Menghafal Al-Quran Dengan Cepat & Tak Mudah Lupa

cara menghafal al-quran

Antara amalan yang paling baik dalam Islam adalah dengan hafal Al-Quran. Banyak kelebihan serta kebaikan sekiranya diamalkan. Cara menghafal Al-Quran agar cepat ingat dan tidak mudah lupa sebenarnya ada tips dan kaedahnya.

Apa yang pasti sesiapa yang hafal Al-Quran ada ganjaran yang besar menanti mereka selain ditinggikan darjat, bebas dari seksaan, dijauhi api neraka dan banyak lagi manfaat yang diperolehi nanti.

Walau bagaimanapun, untuk menghafal sebuah Al-Quran bukanlah sesuatu perkara yang mudah apatah lagi jika anda ingin cepat ingat dan selepas itu tidak mudah lupa. Apabila kembali lupa, terkadang memerlukan masa yang lama untuk diingati semula.

Sebenarnya, cara hafal Al-Quran dengan cepat mempunyai teknik tertentu. Jangan sesekali menganggap ianya susah dan sering berfikir sedangkan untuk menghafal satu ayat pendekpun sudah memeningkan kepala. Salah anggapan sebegitu.

Sekiranya anda tidak menguruskan waktu dengan betul untuk hafal Al-Quran, maka semua niat itu akan berkubur dan tidak menjadi kenyataan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi nyata anda boleh cepat ingat dan membacanya di mulut.

Seeloknya mula menghafal semasa masih kanak-kanak. Masa ni pasti cepat ingat.

Cara Hafal Al-Quran Dengan Cepat

Berikut dikongsikan beberapa tips dan cara menghafal Al-Quran dengan betul serta cepat ingat dan tidak mudah lupa. Anda hanya perlu mencuba kaedah yang dicadangkan seperti di bawah:

1. Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali.

Selepas semuanya telah siap dilakukan, anda perlu ulangkan kesemua empat-empat ayat yang telah dihafal sebanyak 20 kali lagi. Sebenarnya 20 kali itu bukan ketetapan tetapi sekadar tips, anda boleh juga jika ingin lebihkan atau kurangkan atas daya ingatan dan kecepatan anda.

Begitulah ayat-ayat yang selanjutnya dan apa yang penting adalah melakukan dengan penuh istiqomah serta secara perlahan-lahan, insya Allah akan dimudahkan dan ingatan anda akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Baca berulang kali ayat-ayat yang akan dihafal nanti.

Adalah digalakkan menghafal Al-Quran pada waktu yang sesuai seperti:

1. Sebelum dan selepas Subuh
2. Ketika waktu Maghrib

Cara Menghafal Al-Quran Dengan Betul

Jika anda ingin hafal satu muka surat, anda digalakkan membaca setiap satu muka surat dengan kerap. Apabila kerap dibaca, ianya akan memudahkan kita untuk menghafal. Bacalah sehingga 15 ke 20 kali pun.

Jika anda mengenal tajwid dengan lancar dan terang, lagi mudah untuk dihafal setiap satu muka surat Al-Quran secara satu persatu. Seeloknya cuba fahami setiap maksud dan tafsirnya dan tidak lupa mengamalkannya.

Tips Tambahan Untuk Hafal

1. Betulkan niat dan jangan berniat kita menghafal Al-Quran kerana ingin menunjukkan pada orang bahawa diri kita hebat boleh hafal ayat Al-Quran, niatkan dengan ikhlas kerana Allah.

2. Jangan tinggalkan bacaan Al-Quran setiap hari. Jika kerap ditinggalkan, nanti akan susah apabila nak bermula semula. Amalkan dengan sepenuh hati ibarat isi dan kuku. Apabila berterusan membaca tambahan mengetahui tentang hukum tajwid, cinta pada Al-Quran akan menebal.

3. Kurangkan bercakap dengan kata-kata yang tidak baik atau sia-sia dan lebihkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran..

4. Jangan menghafal Al-Quran dengan ‘otak’ sebaliknya adalah dengan ‘hati’. Jika ayat Quran di otak, pastinya kita akan ingat-ingat lupa kerana otak banyak berfikir untuk segala benda dan perkara lain.

Jika ayat Al-Quran di hati, insya Allah akan ingat semuanya sampai bila-bila kerana hati ingat sesuatu perkara yang sangat berharga sahaja.

Baca : Solat Taubat & Doa (Panduan Lengkap)

Penutup

Sebenarnya, semua orang boleh menghafal Al-Quran tanpa mengira darjat dan pangkat, miskin atau pun kaya, cantik atau tidak cantik, kerana Al-Quran adalah segala-galanya. Tanpa Al-Quran, tidak bermakna kehidupan kita.

Kenapa kita tidak boleh hafal Al-Quran sedangkan kita mampu menghafal lirik lagu? Jika puluhan lagu kita boleh ingat berserta boleh masuk dengan muziknya sekali (termasuk lagu dari bahasa lain), kenapa Al-Quran tidak? Yang penting adalah usaha yang berterusan.

Mulai sekarang, marilah kita sama-sama hafal Al-Quran dengan memulakan surah-surah yang pendek terlebih dahulu. Amalkanlah dari sekarang kerana Al-Quran umpama nyawa kita ketika di dunia dan menjadi penyelamat kita di alam sana.

Semoga perkongsian Sahabat Pecinta Al-Quran iaitu tips dan cara menghafal Al-Quran dengan betul dan mudah ingat ini akan dapat membantu anda yang ingin belajar lagi. Semoga bermanfaat – Media Islamik

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *