Cara Mengira Jumlah Hari Tertinggal Puasa Jika Terlupa

tertinggal puasa

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam yang ke tiga. Ini bermakna semua muslimin yang cukup syaratnya wajib menunaikan ibadah tersebut. Jika tertinggal puasa sama ada secara sengaja atau tidak, wajib untuk  menggantikan puasa tersebut.

Di bulan puasa, kita boleh lihat berbagai ragam manusia. Ada yang mampu berpuasa dan ada yang mencari atau memberikan alasan agar tidak berpuasa. Namun ianya tidaklah semua.

Bagaimana jika seseorang itu terlupa berapa jumlah puasa yang ditinggalkan dan bagaimana pula jika ianya tidak mampu untuk menggantikannya?

Cara Kira Jumlah Hari Tertinggal Puasa

cara kira puasa yang tertinggal
Adakah anda mengambil berat dalam menentukan jumlah hari tertinggal puasa?

Tidak mampu mungkin untuk menggantikan puasa mungkin disebabkan oleh sakit yang berpanjangan atau sedang hamil dan menyusu anak kecil. Mereka ini perlu membayar fidyah.

Bagaimana jika seseorang itu terlupa jumlah hari beliau tertinggal puasa? Jadi berapakah jumlah hari sebenar yang perlu digantikan puasa tersebut?

Dalam permasalahan ini, jumhur ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk menggantikan puasa yang terlupa bilangannya.

Terdapat dua kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk menentukan bilangan hari untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan iaitu kaedah Tahdidi dan Taqribi.

Kaedah Tahdidi ialah dengan menentukan harinya berdasarkan bilangan yang tepat. Manakala kaedah Taqribi pula adalah dengan cara membuat anggaran berapa hari kah puasa itu tertinggal.

Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti berpendapat, kaedah taqribi adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, was-was sama ada tertinggal puasa selama lapan hari atau sepuluh hari? Maka, dalam kaedah ini anda perlulah mengambil bilangan tengah, iaitu sembilan hari.

Jadi, jika anda berasa was-was akan jumlah puasa yang tertinggal maka perlulah mengambil bilangan yang paling dekat.

Sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk membuat catatan tentang bilangan hari yang tertinggal puasa.

Baca – Niat Puasa Di Bulan Ramadhan

Zaman serba canggih ini adna tidak lagi memerlukan pena dan kertas untuk mencatatkan sesuatu kerana banyak aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit anda yang boleh digunakan sebagai peringatan kepada sesuatu hal.

Namun, jika tetap terlupa juga, ambillah bilangan yang dirasakan pasti dan paling dekat dengan hari yang tertinggal.

Rujukan: Mufti Wilayah via Islam Itu Indah

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *