Bacalah 3 Doa Ketika Sujud Terakhir Dalam Solat. Manfaatnya Luar Biasa

doa ketika sujud

DOA KETIKA SUJUD

Kenapa ada orang baca doa ketika sujud terakhir dengan mengambil masa yang lama untuk bangun bagi membaca tahiyyat akhir? Dulu saya sering tertanya-tanya kenapa lambat sangat mereka membaca?

Sebab itulah, dalam kita bersolat kita hendaklah berilmu. Di dalam Islam menuntut ilmu agama adalah wajib dan tidak pernah tamat. Buktinya adalah walaupun kita belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti, masih ada amalan yang kita tidak ketahui.

doa dalam sujud
Ketika sujud terakhir, bacalah doa yang diberikan di bawah

Doa Ketika Sujud Akhir Yang Perlu Kita Tahu

Kita sendiri menyangka bahawa ilmu kita sudah mencukupi untuk meneruskan kelangsungan hidup, namun sebenarnya belum lagi. Tetapi dunia sekarang, ilmu pengetahuan dapat juga diperolehi jika kita rajin membaca. Dengan sedikit pembacaan, sekurang-kurangnya kita memperolehi sedikit pengetahuan tambahan.

Di sini kita akan kongsi sedikit berkaitan dengan bacaan doa ketika sujud terakhir dalam solat. Ianya adalah berkaitan 3 doa mudah yang kita patut baca sebelum bangun untuk tahiyyat akhir.

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz berkata (semoga Allah merahmatinya):

“Jangan kau lupa membaca tiga doa ketika sujud”.

3 doa tersebut dikongsikan di bawah dan bacalah ketika sujud terakhir dalam solat kerana manfaatnya sangat luar biasa. Sebelum ini mungkin kita tidak tahu, tetapi hari ini, selepas membaca artikel ini, kita telah mengetahuinya.

Doa dalam sujud akhir
Doa dalam sujud akhir tidaklah wajib namun manfaatnya sangat besar

DOA YANG PERTAMA

Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya diri kita dijemput mengadap Ilahi dalam keadaan Husnul Khotimah. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة

“Allahumma Innii As-aluka Husnal Khootimah”.

Ianya bermaksud: “Ya Allah! Aku memohon kepada-MU husnul khotimah”.

DOA YANG KEDUA

Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya diri kita diberi kesempatan bertaubat sebelum dipanggil mengadap-Nya. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت

“Allahummar Zuqnii Taubatan Nasuuha Qoblal Maut”

Ianya bermaksud: “Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati”

DOA YANG KETIGA

Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya hati kita sentiasa berada tetap di atas agama-Nya. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

“Allahumma Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit Qolbii ‘Alaa Diinika”.

Ianya bermaksud: “Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”.

Sumber artikel ini adalah dari portal Media Maklumat. Sesungguhnya sangat mudah doanya. Kita tidak rugi memberikan sedikit masa untuk memohon kehadrat-Nya tatkala kita sedang bersujud kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah antara waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa dan bacalah doa mengikut kesesuaiannya.

Baca – 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyyat Akhir dan Sebelum Salam

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Berpesan-pesanlah dan sampaikanlah walau hanya dengan ssatu ayat mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan yang kita sendiri tidak menyedarinya dan mengetahui amal kebaikan apakah yang dapat membantu kita untuk ke Syurga Allah. Wallahu a’lam.

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

4 Comments

  1. Assalamualaikum ustazm

    Saya ada terima what’s app tentang doa yg d baca masa rukuk Dan sujud terutama nya mereka yg berumur 60 ke atas.
    Bismillah hirohman nir rohim
    Subha nakallah huma robbana wabihamdika Allah humarfirli.
    Tetapi tidak d terang maksud nya. Bila saya goggle tak jumpa doa ini. Apa maksud doa ini Ustaz.

    1. Waalaikumussalam. Admin biasa-biasa ja bukan ustaz. Berkaitan soalan tuan, bacaan doa tu tak perlu tunggu umur 60 ke atas. Kita boleh baca samada dalam ruku’ atau sujud kerana Nabi SAW membacanya ketika ruku’ dan sujud. Maksud doa tersebut menjurus kepada pujian-pujian kepada Allah dam memohon keampunan daripadaNya. Tuan boleh rujuk di sini – https://sunnah.com/bukhari/10/189

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *