Bacalah 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyyat Akhir Sebelum Salam

doa mustajab

Tidak ramai yang tahu atau mengamalkan beberapa doa mustajab selepas tahiyyat akhir yakni sebelum memberi salam ketika mengerjakan solat. Mengamalkan doa doa mustajab tersebut sangat penting untuk kita amalkan pada masa atau tempat-tempat yang sepatutnya.

Doa Mustajab Selepas Tahiyyat Akhir

Ia berdasarkan kepada beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah hadis daripada Ibn Masud yang diriwayatkan oleh Bukahri dan Muslim.

Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”.

doa mustajab sebelum memberi salam
Sebelum memberi salam bacalah paling kurang satu doa mustajab yang diberikan di bawah ini

1. Doa Memohon Perlindungan Dari Azab Neraka dan Kubur, Fitnah Kehidupan dan Kematian Serta Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

“Allahumma Innii A-‘uuzubuka Min ‘Azaabi Jahannam, Wamin ‘Azaabil Qobr, Wamin Fitnatil Mahyaa Walmamaat, Wamin Syarri Fitnatil Masiihid Dajjaal”.

Ertinya: “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Doa Jika Ada Masalah Hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Allahumma Innii A-‘uuzubika Min ‘Azaabil Qobr, Wa A-‘uuzubika Min Fitnatil Masiihid Dajjaal, Wa A-‘uuzubika Min Fitnatil Mahyaa Wafitnatil Mamaat, Allahumma Innii A -‘uuzubika Minal Makthami Walmaghrom”

Ertinya: “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada dosa dan hutang.” – Hadis Riwayat Bukhari.

3. Doa Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

“Allahumma Innii A-‘uuzubika Minalbukhl, Wa A-‘uuzubika Minaljubni, Wa A-‘uuzubika Mina An Urodda Ilaa Arzalil ‘Umr, Wa A-‘uuzubika Mina Fitnatid Dun-yaa Wa ‘Azaabil Qobr”.

Ertinya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari penakut, aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur. – Hadis Riwayat Bukhari.

4. Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

“Allahummagh Firlii Maaqoddamtu Wamaa Akkhortu Wamaa Asrortu Wamaa A’alantu Wamaa Asroftu, Wamaa Anta A’alamubihi Minnii, Antal Muqoddimu Wa Antal Mu-akkhir, Laa Ilaaha Illaa Anta”.

Ertinya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” – Hadis Riwayat Muslim No. 1762.

5. Doa Mohon Keampunan Akibat Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Allahumma Innii Dzolamtu Nafsii Dzulman Kathiiron Walaa Yaghfiruz Zunuuba illaa Anta, Faghfirlii Maghfirotammin ‘Indika Warhamnii, Innaka Antal Ghofuurur Rohiim”.

Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6. Doa Memohon Dijadikan Hamba Yang Bersyukur dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Allahuma A-‘innii Zikrika, Wasyukrika, Wahusni ‘Ibaadatika”.

Ertinya: “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan ibadah yang baik untuk-Mu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie).

7. Doa Memohon Agar Allah Mudahkan Urusan Hisab Di Akhirat.

ٱللّٰهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

“Allahumma Haasibnii Hisaaban Yasiiroo”.

Ertinya: “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad).

8. Doa Taubat Sangat Sesuai Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Allahumma Innii Dzolamtu Nafsii Dzulman Kathiiron Walaa Yaghfiruz Zunuuba Illaa Anta, Faghfirlii Maghfirotan Min ‘Indika, Warhamnii Innika Antal Ghofuurur rohiim”.

Ertinya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari).

9. Doa Mohon Diampunkan Dosa.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Allahumma Innii As-aluka Yaa Allahul Ahadus Somadul Lazii Lamyalid Walam Yuulad Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad, Antagh Firolii Zunuubii Innaka Antal Ghofuurur Rohiim”.

Ertinya: “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengan-Nya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang”. (Hadis Riwayat Abu Daud).

10. Doa Mohon Dimasukkan Ke Syurga dan Diselamatkan Dari Neraka.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Allahumma Innii As-alukal Jannata Wa A-‘uuzubika Minannaar”.

Ertinya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Baca – 14 Waktu Mustajab Berdoa Jika Mahu Doa Dikabulkan

Semoga dengan perkongsian ringkas tentang doa mustajab selepas tahiyyat akhir ini memberi manfaat kepada anda. Berkongsilah artikel ini agar memberi manfaat kepada orang lain. Semoga Kita semua dirahmati Allah. Wallahu A’lam.

Jika ada pembetulan atau teguran tentang doa mustajab ini, sila kemukakan diruangan komen dan nyatakan kerana kita sama-sama masih terus belajar. Terima kasih.

Sumber: Sv

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *