Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksud (Panduan Ringkas)

doa selepas solat

DOA SEMBAHYANG

Doa selepas solat fardhu – Kita sebagai seorang muslim bukan sekadar menunaikan solat sahaja tanpa dilengkapi dengan wirid dan doa. Walaupun bukan termasuk di dalam rukun solat, Ada kita meyakini bahawa solat yang dikerjakan itu cukup sempurna? Mungkin juga  terlalu banyak kekurangannya.

Oleh yang demikian, kita mengharapkan kesempurnaan itu datang daripada bacaan wirid-wirid dan doa selepas solat agar dapat menampung kekurangan jika ada.

Sebelum membaca doa selepas solat, sebaiknya anda berwirid terlebih dahulu. Panduan untuk membaca wirid anda boleh klik di bawah ini. Apabila selesai wirid maka teruslah berdoa.

Baca – Tatacara Bacaan Wirid Selepas Solat Fardhu

doa lepas solat
Berdoalah kepada Allah, nescaya akan diperkenankan Doa anda. InsyaAllah

DOA SELEPAS SOLAT

Selepas membaca wirid-wirid, anda akan mula membaca doa selepas solat fardhu. Berikut adalah bacaan doa selepas solat yang disusun sebagai panduan untuk anda.

اَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيْمِ،  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيْمِ،  ٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ،  حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ،  يَارَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

A’uuzu Billahi Minasy Syaitoonir Rojiim, Bismillahir Rohmaanir Rohiim, Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Hamdan Yuwaafii Ni-‘amahu Wayukaafi Umaziidah, Yaa Robbanaa Lakal Hamdu Kama Yambaghii Lijalaali Wajhika Wa-‘aziimi Sultoonik

“Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmat-Nya dan memadai dengan penambahan-Nya. Wahai Tuhan kami hanya bagi-Mu segala puji, sebagaimana pujian itu patut terhadap keagungan dan kemuliaan-Mu serta keluhuran Kerajaan-Mu”.

ٱللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى ٱلْأَوَّلِيْنَ وَٱلْأٰخِرِيْنَ،  وَسَلِّمْ وَرَضِيَ ٱللّٰهُ تَعَالٰى عَنْ سَادَاتِنَا أَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ ٱللّٰهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadin Fil Awwaliin Wal Aakhiriin, Wasallim Warodhiyallahu Ta’aalaa ‘An Saadaatinaa Ashaabi Sayyidina Rosulillahi Ajama’iin

“Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian”.

ٱللّٰهُمَّ أَحْيِنَا بِٱلْإِيْمَانِ،  وَاحْشُرْنَا بِٱلْإِيْمَانِ،  وَأَدْخِلْنَا ٱلْجَنَّةَ مَعَ ٱلْإِيْمَانِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ ٱلرَّاحِمِيْنَ

Allahumma Ahyinaa Bil-iimaan, Wahsyurnaa Bil-iimaan, Wa-adkhilnal Jannata Ma’al-iimaan, Birohmatika Yaa Arhamarroohimiin

 “Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani”.

ٱللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلَامَةً فِى ٱلدِّيْنِ،  وَعَافِيَةً فِى ٱلْجَسَدِ،  وَزِيَادَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى ٱلرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ ٱلْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ ٱلْمَوْتِ،  وَمَغْفِرَةً بَعْدَٱلْمَوْتِ اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ ٱلْمَوْتِ،  وَٱلنَّجَاةَ مِنَ ٱلنَّارِ، وَٱلْعَفْوَعِنْدَٱلْحِسَابِ

Allahumma Inna Nas-aluka Salaamatan Fiddiin, Wa-‘aafiyatan Filjasadi, Waziyaa Datan Fil ‘Ilmi Wabarookatan Firrizki Wataubatan Qoblalmaut Warohmatan ‘Indalmaut, Wamaghfirotan Ba’dalmaut, Allahumma Hawwin ‘Alainaa Fii Sakaratilmaut, Wannajaata Minannaar, Wal-‘afwa ‘Indal Hisaab

“Ya Allah, permohonan kami kepada-Mu semoga kami mendapat keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambahnya ilmu, keberkahan dalam rezeki, bertaubat sebelum mati, mendapatkan rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati. Ya Allah, permudahkanlah (ringankanlah) sakaratulmaut kami, bebaskanlah kami dari azab neraka dan memperoleh keampunan ketika dihisab”.

 

ٱللّٰهُمَّ اَعِنَّا عَلٰى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allahumma A-‘innaa ‘Alaa Zikrika Wasyukrika Wahusni ‘Ibaadatika

“Ya Allah, tolonglah kami untuk selalu mengingatkan-Mu dan mensyukuri rahmat dan nikmat-Mu, dan perbaikilah amal ibadah kami kepada-Mu”.

 ٱللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ ٱلْهُدٰى وَٱلتُّقٰى وَٱلْعَفَافَ وَٱلْغِنٰى،  ٱللّٰهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا تَامَّة،  وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّة،  وَلَا تُعَذِّبْنَا إِلٰى يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Allahumma Innaa Nas-alukal Hudaa Wattuqaa Wal-‘afaafa Walghinaa, Allahumma Taqobbal Minnaa Solaatanaa Tammah, Waghfirlana Zunuubanaa ‘Ammah, Walaa Tu-‘azzibnaa ilaa Yaumal Qiyaamah, Innaka ‘Alaa Kullisyai-in Kodiir

“Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ ٱلْخَاسِرِيْنَ

Robbana Zolamnaa Anfusanaa Wa-inlam Taghfirlanaa Watarhamnaa Lanakuunanna Minal Khoosiriin

“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami tergolong orang-orang yang rugi”.

رَبَّنَالَاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْهَدَ يْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ ٱلْوَهَّابُ

Robbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Izhadaitanaa Wahablanaa Min Ladunka Rohmah, Innaka Antal Wahhaab

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”.

رَبَّنَالَا تُؤَاخِذْنَا اِنْ نَسِيْنَا اَوْاَخْطَأْنَا، رَبَّنَا وَلَاتَحْمِلْ عَلَيْنَا اِسْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى ٱلَّذِيْنَ مِنْقَبْلِنَا

Robbanaa Tu-aakhiznaa Innasiinaa Au Akhto’naa, Robbanaa Walatahmil ‘Alainaa Isron Kamaa Hamaltahu ‘Alallaziina Mingqoblina

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami”

رَبَّنَا وَلَاتُحَمِّلْنَا مَالَاطَا قَةَ لَنَابِه، وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَّ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَافِرِيْنَ

Robbanaa Walaa Tuhammilnaa Maa Laa Thoo Qotalanaabih, Wa’fu ‘Annaa Waghfirlanaa Warhamnaa Anta Maulaanaa Fansurnaa ‘Alaalqoumil Kaafiriin

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir”.

 

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ ٱلصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ، رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Robbij ‘Alnii Muqiimas Solaati Wamin Zurriyyatii, Robbanaa Wataqobbal Du’aa-i

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku, orang yang tetap melaksanakan solat, Ya Tuhanku, perkenankanlah doaku”.

وَاَدْخِلْنَا ٱلْجَنَّةَ مَعَ ٱلْاَبْرَارِ يَاعَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَ ٱلْعَالَمِيْنَ

Wa-adkhilnal Jannata Ma’al Abroori Yaa ‘Aziizu Yaa Ghoffaru Yaa Robbal ‘Aalamiin

“Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang berbuat baik. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Pengampun dan Tuhan yang menguasai seluruh alam”.

رَبَّنَآ اٰتِنَافِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى ٱلْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Robbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatanw Wafil Aakhiroti Hasanatanw Waqinaa ‘Azaa Bannaar

“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka”

 

ٱللّٰهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّأٰتِنَآ وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْاَبْرَارِ

Allahum Maghfirlanaa Zunuubanaa Wakaffir ‘Annaa Sayyi-aatinaa Watawaffanaa Ma’al Abroor 

“Ya Allah, ampunilah dosa kami dan tutupilah segala kesalahan kami, dan semoga jika kami mati nanti bersama-sama dengan orang-orang yang baik”.

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِيْنَ وَٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ

Subhaana Robbika Robbil ‘Izzati ‘Ammaa Yasifuun, Wasalaamun ‘Alal Mursaliina Walhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin.

“Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan Yang Maha Perkasa dari sifat yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera bagi para rasul dan segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam”.

doa selepas sembahyang
Lelaki ini berdoa dengan penuh khusyuk

Kenapa Kita Harus Berdoa?

Nabi Muhammad SAW menekankan bahawa Doa Itu Sebagai Ibadah seperti dalam hadisnya.

Daripada Al-Nu’man bin Basyir RA berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Doa itu adalah ibadah, kemudian Nabi SAW membaca ayat 60 Surah Ghafir yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku, akan Aku masukkan mereka ke neraka jahannam dalam keadaan hina”. RRiwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Abu Daud , al-Nasa’i dan Hakim)

 

SURAH GHAFIR AYAU 60

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Apa yang kita sering lihat, ada dikalangan kita tidak membaca doa selepas solat. Mungkin mereka tidak tahu bahawa doa itu sangatlah penting seperti mana yang dinyatakan dalam Ayat 60 Surah Ghafir di atas.

Sumber: Aku Islam dan Mysumber

Mudah-mudahan Allah memberi kesempurnaan ibadah solat kita. Semoga wirid dan doa selepas solat yang kita baca diberi kelebihan oleh Allah SWT. Sesungguhnya doa selepas solat itu menunjukkan betapa kita mengharapkan apa sahaja daripada Allah tanpa merasa jemu. Wallahu a’lam.

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *