Beberapa Masalah Ketika Membaca Al-Quran Yang Wajib Kita Ambil Tahu

masalah ketika membaca al-quran

Tidak dinafikan bahawa masalah ketika membaca al-Quran berlaku walau kita semua boleh membacanya. Ada ketikanya, bacaan kita terhenti disebabkan beberapa masalah samada pada kalimah atau tanda di dalam al-Quran. Bagi orang yang kerap membacanya, mungkin mereka sudah lancar dan tidak lagi berdepan masalah ketika membaca al-Quran. Atau mereka tidak menyedarinya apa yang dibaca selama ini tidak betul.

Bagi yang membacanya hanya ketika kecil, namun apabila sudah mula bekerja atau berumahtangga mungkin sudah jarang membaca al-Quran, berkemungkinan mereka terlupa atau tidak tahu lagi untuk membacanya. Ketika ini akan timbul masalah ketika membaca al-Quran sepertimana yang akan disenaraikan selepas ini.

kanak-kanak baca quran
Apa yang dipelajari sejak di bangku sekolah dulu, elok dipraktiskan sehingga kita pejam mata. Insya Allah.

Masalah Ketika Membaca al-Quran

Terdapat beberapa masalah ketika membaca al-Quran. Ada beberapa ayat dalam al-Quran yang akan menyebabkan anda sukar untuk membacanya. Ia akan terjadi jika anda jarang mendekatinya. Apatah lagi jika langsung tidak belajar ilmu al-Quran seperti tajwid.

Di sini diterangkan beberapa masalah ketika membaca al-Quran yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu meneruskan bacaan atau terpaksa melangkau pembacaannya hanya kepada ayat yang boleh dibaca sahaja.

PERTAMA – WAKAF ATAS HURUF ALIF (ا) DI AKHIR KALIMAH

Bacaan pada huruf Alif akan kekal pada 2 harakat jika berhenti (wakaf). Namun akan dibaca hanya 1 harakat jika ianya disambungkan dengan huruf selepasnya.

Contoh pertama adalah seperti surah al-Insan ayat 4 di bawah:

Penyelesaian – Bacaan untuk سَلَـٰسِلَاْ adalah 1 harakat (alif yang mempunyai wakaf tidak dibaca) jika disambungkan bacaanya dengan ayat seterusnya iaitu وَأَغْلَـٰلًا وَسَعِيرًا. Namun jika diwakafkan (berhenti) pada bacaan سَلَـٰسِلَاْ tersebut, bacaannya adalah 2 harakat.

Contoh kedua adalah merujuk kepada surah yang sama ayat 15 seperti di bawah:

Penyelesaian – Huruf yang bertanda قَوَارِيرَاْ hendaklah dibaca dengan 2 harakat kerana ia wakaf di situ.

Terdapat beberapa surah yang lain mempunyai permasalahan yang sama yang menjadi masalah ketika membaca al-Quran iaitu:

1. Surah Sad Ayat 76 dan 86
2. Surah Al Ahzab Ayat 10, 66 dan 67
3. Surah Al Kahfi Ayat 38

(Anda boleh membuka al-Quran untuk melihatnya sebagai rujukan)

KEDUA – WAKAF ATAS HURUF YA (ي) YANG SEBELUMNYA ADA ALIF (ا)

Dalam keadaan ini, apabila wakaf, bacaan hendaklah berhenti atas huruf Ya (sebagai Ya Mati (يْ)) yang mana bacaannya didahului dengan huruf alif mad.

Contohnya adalah seperti dalam surah Yusuf ayat 23 di bawah:

Penyelesaian – Apabila wakaf, kalimah مَثْوَاىَ hendaklah dibaca dengan bacaan مَثْوَاىْ (Math-Waii). Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

Terdapat beberapa ayat lain yang mempunyai permasalahan yang sama yang akan menjadi masalah ketika membaca al-Quran kepada kita iaitu:

1. Surah al-A’raf ayat 155
2. Surah al-Baqorah ayat 38

(Anda boleh membuka al-Quran untuk melihatnya sebagai rujukan)

KETIGA – WAKAF ATAS HURUF WAU MATI, DIMANA HURUF SEBELUMNYA BERBARIS DI ATAS (FATHAH)

Dalam keadaan ini, apabila wakaf, bacaan hendaklah berhenti atas huruf Wau sebagai Wau mati (وْ).

Contohnya adalah seperti dalam surah al-Baqarah ayat 137 seperti di bawah:

Penyelesaian – Apabila wakaf, kalimah yang bertanda hijau hendaklah dibaca dengan bacaan فَقَدِ ٱهْتَدَو (Faqodih-Tadau). Kadar bacaannya juga adalah 2 harakat.

Jika tidak wakaf, bacaan hendaklah disambungkan dengan kalimah selepas itu. Huruf Alif tetap tidak dibaca. Bacaannya adalah فَقَدِ ٱهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ (Faqodih-Tadauw Wa-in Tawallau) sehingga selesai.

Terdapat juga di dalam surah al-A’raf ayat 95 namun ia berada di tengah-tengah ayat. Cara bacaan adalah sama.

KEEMPAT – PERBEZAAN TANWIN

Terdapat tanda Tanwin yang akan membezakan bacaan samada hukum tajwidnya adalah IZHAR atau sebaliknya (Idgham, Ikhfa’ dan Iqlab). Biasanya tanda ini digunakan di dalam al-Quran Resam Usmani. Tanda-tanda Tanwin seperti di bawah:

Bacaan Izhar

Tanwin yang menjadikan bacaan Izhar ditunjukkan di bawah. Contoh ini telah di ambil dari surah al-Qasas ayat 72. Bacaannya adalah jelas dan tidak dengung semasa menyambung ke huruf seterusnya.

Idgham dan Ikhfa’

Tanwin yang menjadikan bacaan samada Idgham dan Ikhfa’ adalah seperti surah al-Baqaran ayat 280 di bawah. Tanda hijau menunjukkan bacaan Ikhfa’, merah bacaan Idgham Maal Ghunnah dan biru adalah Idgham Bilal Ghunnah.

Iqlab

Tanwin yang ditunjukkan di bawah (tanda hijau) menunjukkan bacaan Iqlab. Untuk bacaan Iqlab, tanda tanwin ditukar seperti satu dhommah dan meletakkan tanda min kecik di hadapannya. Lihat contoh surah al-Baqarah ayat 18 di bawah:

KELIMA – TANDA SAKTAH

Apabila terjumpa tanda Saktah (س), hendaklah berhenti sekejap dalam kadar 2 harakat kemudian meneruskan bacaan tanpa mengambil nafas baru (hanya guna nafas yang sama atau senafas). Di dalam al-Quran ada 4 tempat yang mempunyai tanda tersebut iaitu:

1. Surah Al-Kahf antara Ayat 1 dan 2
2. Surah Ya-sin Ayat 52
3. Surah Al-Qiyamah Ayat 27
4. Surah Al-Muthaffifin Ayat 14

Di bawah ditunjukkan tanda Saktah (س) yang terdapat dalam surah Yaasin ayat 52.

surah yasin 52

KEENAM – PERTEMUAN DUA TANDA MATI (SUKUN)

Ia berlaku dimana kalimah awalnya (Hamzah Wasal) bersambung dengan huruf mati daripada tanwin yang bersambung di akhir kalimah. Dikenali juga sebagai Nun Wiqoyah atau Nun Wasal. Jika kita membaca surah al-Baqarah, kita akan menemuinya di ayat yang ke 180 seperti di bawah:

Sudah tentu jika kita sudah lama tidak membaca al-Quran, kita akan keliru bagaimana untuk membacanya. Apabila dibaca ayat di atas yang bertanda hijau, bacaanya adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Terdapat banyak surah-surah yang mempunyai kalimah seperti di atas. Antaranya adalah:

1. Surah Al-A’raf Ayat 8, 158, 164 dan 177
2. Surah At-Taubah Ayat 24 dan 30
3. Surah Hud Ayat 31 dan 42
4. Surah Ibrahim Ayat 18 da 26
5. Surah Al-Hijr Ayat 61
6. Surah An-Nahl Ayat 87
7. Surah Al-Kahf Ayat 77 dan 88
8. Surah Maryam Ayat 7
9. Surah Al-Hajj Ayat 11 dan 25
10.Surah Al-Mukminun Ayat 38
11.Surah An-Nur Ayat 35
12.Surah As-Saffat Ayat 6
13.Surah Al-Furqan Ayat 4 dan 26
14.Surah As-Syu’ara Ayat 105, 123 dan 160
15.Surah Saba’ Ayat 31
16.Surah Ghafir Ayat 8
17.Surah At-Jatsiyah Ayat 9
18.Surah An-Najm Ayat 50
19.Surah Al-Jumuah Ayat 11
20.Surah Al-Hadid Ayat 27
21.Surah Al-Qiyamah ayat 12 dan 30.

KETUJUH – AL-IMALAH

Ia ditanda dengan tanda seperti ‘diamond’ terletak di bawah, ditengah-tengah huruf. Ada juga ditandakan dengan titik bulat (bold). Bunyi bacaannya seolah-olah jika kita menyebut baris atas (fathah) ia akan cenderung kepada bunyi baris bawah (kasrah). Manakala bacaan Alif pula lebih cederung kepada Ya. Ia boleh dijumpai di dalam surah Hud syat 41. Cara bacaan ayat bertanda ‘diamond’ itu adalah “MAJ-RAY-HAA”.

al imalah

KELAPAN – AL-ISYMAM

Ia dibaca dengan cara memuncungkan kedua-dua bibir sepertimana hendak menyebut perkataan dhommah (ضَمَّة). Ia menunjukkan bahawa baris yang terbuang itu adalah dhommah tanpa menzahirkan pada sebutan.

Ia ditanda sama seperti Al-Imalah namun diletakkan di bahagian atas kalimah. Anda boleh menemuinya di dalam Surah Yusuf Ayat 11 seperti di bawah:

Al Isymam

KESEMBILAN – HURUF-HURUF KECIL

Huruf kecil adalah huruf-huruf yang ditinggalkan di dalam Mushaf Usmani. Namun ia wajib dibaca. Contohnya adalah seperti sebahagian ayat dari surah yang dinyatakan di bawah:

masalah ketika membaca al-quran

KESEPULUH – SEBUTAN HURUF YANG UTAMA (MASYHUR)

Keadaan dimana terdapat dua huruf pada satu tempat. Jika diletakkan huruf sin (س) di atas huruf sod (ص), ini bermakna huruf sin (س) itu lebih masyhur daripada huruf sod (ص). Maka sebutan hendaklah pada huruf sin (س). Contohnya adalah seperti dalam surah al-Baqarah ayat 245 di bawah:

Jika diletakkan huruf sin (س) di bawah huruf sod (ص), ini bermakna huruf sod (ص) lebih masyhur. Maka sebutan hendaklah pada huruf sod (ص) seperti dalam surah at-Tur ayat 37.

KESEBELAS – PERMULAAN BACAAN DENGAN HAMZAH WASAL (ٱ)

Terdapat beberapa keadaan untuk memulakan bacaan yang bermula dengan Hamzah Wasal.

1. Jika Hamzah Wasal berada dipermulaan kalimah, manakala huruf ketiga dalam kalimah tersebut berbaris dhommah, maka bacaan pada Hamzah Wasal akan bermula dengan Dhommah. Bacaannya adalah unzur (أُنْظُرُ). Contohnya adalah seperti di bawah:

2. Jika Hamzah Wasal berada dipermulaan kalimah, manakala huruf ketiga dalam kalimah tersebut berbaris fathah atau kasrah, maka bacaan pada Hamazah Wasal akan bermula dengan kasrah. Bacaannya adalah Iqra’ (إِقْرأْ). Contohnya adalah seperti di bawah:

3. Sekiranya selepas Hamzah Wasal terdapat huruf Lam (ل) atau kalimah bermula dengan huruf Alif Lam (ٱل), Kalimah hendaklah dimulakan dengan fathah. Bacaannya adalah Alhamdu (أَلْحَمْدُ). Contohnya adalah seperti di bawah:

PELBAGAI MASALAH BACAAN LAIN

Banyak lagi permasalahan yang akan kita temui apabila membaca al-Quran. Jika lama kita meninggalkan bacaan al-Quran, maka pengetahuan kita akan hilang sebahagiannya. Antaranya:

1. Wakaf di atas huruf hamzah berbaris tanwin. Ia berbeza dengan hamzah yang hanya berbaris fathah sahaja. Dalam keadaan demikian, tanwin hendaklah diganti dengan baris fathah dan ditambah alif. Ianya dibaca dengan dua harakat. Contoh adalah seperti surah an-Nisa ayat 1 di bawah:

2. Surah Al-Ahqaf ayat 4 apabila memulakan bacaan kalimah ٱئْتُونِى (selepas wakaf kalimah sebelumnya), huruf hamzah hendaklah ditukar menjadi huruf ya mati dan dibaca sebagai إِيتُونِى.

3. Bacaan Nun Mati yang di baca tidak perlu dengung tetapi dibaca dengan jelas. Bacaan seperti ini berlaku kepada 4 kalimah sahaja di dalam al-Quran iaitu:

Anda boleh merujuk kepada Al-Quran. Antaranya adalah dalam surah-surah seperti berikut:

a. Surah al-An’am ayat 99
b. Surah al-Baqorah ayat 201
c. Surah ar-Ra’ad ayat 4
d. Surah As-Saf ayat 4

Di bawah adalah surah as-Saf ayat 31.

4. Huruf Wau fathah dibaca pendek walaupun didepannya ada Alif. Namun Alif itu bertanda mati (وَاْ). Permasalahan ini terdapat pada 5 tempat di dalam al-Quran iaitu:

a. Surah al-Kahf ayat 14
b. Surah ar-Ra’ad ayat 30
c. Surah Muhammad ayat 4 dan 31
d. Ar-Rum ayat 39

Lihat contoh permasalahan di atas menerusi surah Muhammad ayat 31 di bawah:

5. Huruf Ya mati dan tidak dilafazkan di dalam bacaan seperti surah yang tertera di bawah:

Perhatikan ayat bertanda hijau dalam surah Ali Imran ayat 144 di bawah.

Perhatikan juga ayat bertanda hijau dalam surah al-An’am 34.

Artikel Berkaitan: Cara Menghafal al-Quran Dengan Cepat dan Tidak Mudah Lupa

6. Huruf Alif mati (اْ). Huruf tersebut tidak dilafaz dalam bacaan. Dalam surah al-Anfal ayat 65 di bawah terdapat dua permasalahan yang sama (bertanda hijau).

Begitulah serba sedikit hal yang berkaitan masalah ketika membaca al-Quran. Semoga perkongsian ini memberikan ingatan kepada admin sendiri disamping memberi manfaaat kepada pembaca setia Media Islamik.

Mudah-mudahan arikel ini sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah ketika membaca al-Quran kepada sesiapa yang sudi membaca dan jangan lupa merujuk kepada al-quran. Wallahu a’lam

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *