Mengenal Izhar Halqi -Tajwid Ringkas

mengenal izhar halqi

Salam sejahtera kepada semua pembaca Media Islamik. Kali ini admin ingin berkongsi berkaitan Asas Tajwid. Untuk memudahkan kita membaca al-Quran dengan betul, seeloknya kita belajar walaupun sekadar asas sahaja iaitu mengenal Izhar Halqi terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, teknik untuk memudahkan kita kenali dan mengingati hukum tajwid, disarankan agar mengenali atau mendekati hukum izhar terlebih dahulu yakni Izhar Halqi.

Izhar Halqi yang akan kita sentuh ini mempunyai tanda seperti mana di dalam Quran Resm Uthmani. Nasihat Min, jika nak baca Quran, seeloknya yang mempunyai kelulusan dari JAKIM kerana ia telah disemak oleh mereka yang berkelayakan.

MENGENAL IZHAR HALQI

HURUF

Terdapat 6 huruf Izhar Halqi. Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan 6 huruf tersebut maka Hukumnya adalah Izhar Halqi.

izhar halqi huruf

CARA MEMBACA IZHAR HALQI

Maksud Izhar adalah Jelas. Jadi apabila nun mati bertemu dengan 6 huruf Izhar ini, hendaklah dijelaskan bunyi nun mati atau tanwinnya. Oleh itu Nun Mati dan Tanwin tersebut hendaklah disebut dengan jelas dan sempurna tanpa dimasukkan sebarang dengung.

Selepas itu huruf izhar hendaklah disebut dengan jelas dan sempurna tanpa memasukkan sebarang bentuk saktah (terhenti).

Huruf nun mati atau tanwin yang bertemu dengan huruf-huruf izhar halqi boleh berlaku samada dalam satu atau dua kalimah.

TANDA UNTUK IZHAR HALQI

Ada beberapa tanda yang perlu anda tahu untuk mengenal Izhar Halqi di dalam Mushraf Resm Uthmani selain huruf-hurufnya. Kita boleh mengenalinya melalui tanda Nun Mati dan Tanwin.

TANDA NUN MATI

Tandanya ada terdapat tanda sukun di atas Nun Sakinah. Jika Nun Mati itu tiada tanda, bermakna bacaan tersebut bukan Hukum Izhar. Contoh Nun Mati bertemu dengan Huruf-Huruf Izhar adalah seperti di bawah:

TANDA  TANWIN

1. Kedudukan baris atas atau bawah adalah sama dan selari antara satu sama lain. Jika anda nampak sahaja tanda seperti ini, simpan di kepala anda bahawa bacaannya adalah Izhar Halqi. Tandanya seperti dalam gambarajah di bawah.

tanwin baris bawah

2. Bagi baris hadapan pula, kedudukan baris yang kedua diterbalikkan. jika diamati ianya seolah-olah nombor 69. Ianya menunjukkan hukum Izhar Halqi. Simpan juga dalam kepala anda simbol 69 ini. Sila lihat gambarajah di bawah.

tanwin baris hadapan

Baca Juga – Masalah Ketika Membaca al-Quran Yang Wajib Kita Ambil Tahu

3. Contoh tanwin bertemu dengan huruf-huruf Izhar adalah seperti di bawah. Bacaannya hendaklah dengan jelas dan sempurna tanpa dimasukkan sebarang dengung.

huruf izhar

Begitulah serba ringkas tajwid asas yang berkaitan dengan menganal Izhar Halqi. Semoga artikel ringkas ini memberi manfaat untuk anda semua dan membolehkan anda mengenal izhar halqi seterusnya membaca al-Quran dengan lebih sempurna. Wallahu a’lam – Media Islamik

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *