Solat Taubat & Doa (Panduan Lengkap)

solat taubat

PANDUAN SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat taubat dilakukan setelah seseorang itu melakukan dosa atau terasa melakukannya lalu menginsafi kesilapan yang dilakukan olehnya lalu ingin bertaubat bagi memohon keampunan daripada Allah.

Bertaubat dari sesuatu kesalahan yang membawa kepada dosa bererti benar-benar kesal atas kesalahan yang lalu akan meniat atau nekad untuk meninggalkan perbuatan tersebut. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kekhilafan dan dosa.

SOLAT TAUBAT & DOA

Sebaik-sebaik orang yang berbuat salah adalah mereka yang segera bertaubat. Apabila kita terasa ada membuat salah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik dimulakan dengan amalan serta-merta yang mana amalan yang paling baik adalah solat taubat.

solat sunat taubat
Segeralah menebus kesilapan dengan Solat Taubat.

Waktu Solat Taubat

Waktu untuk mengerjakan solat taubat adalah pada bila-bila masa sahaja kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat. Namun ia lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai iaitu ketika bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah.

Panduan ini bagi memudahkan anda untuk mengerjakan solat taubat. Diantara kita bukannya semuanya mampu menguasai tulisan jawi dan arab. Kami menyediakan bacaannya dalam bahasa rumi atau latin untuk memudahkan.

Jumlah Raka’at

Kebanyakkan ulama berpendapat, solat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam raka’at.

Cara Solat Taubat

Lafaz Niat Solat Taubat

Lafaz niat:

أُصّلِّيْ سُنَّةَ ٱلتَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَىٰ

“Usolli Sunnatat Taubati Rok’ataini Lillaahi Ta’aala”.

Maksudnya:

“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Taala”

Surah Yang Boleh Dibaca

1. Raka’at Pertama. Pada raka’at pertama, selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas atau surah-surah lain yang anda boleh baca.

2. Raka’at Kedua. Pada raka’at kedua, selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah An-Nas atau surah-surah lain yang anda boleh baca.

solat taubat nasuha
Bertaubat akan lebih mendekatkan kita kepada kebaikan

Bacaan Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud yang terakhir iaitu sebelum bangun duduk tahiyyat, ucaplah ayat seperti di bawah sebanyak 40 kali:

لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِيْنَ

“Laa Ilaaha Illaa Anta Subhaanaka Innii Kuntu Minazzoolimiin”

Maksudnya:

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim”.

Bacaan Selepas Memberi Salam

Selesai memberi salam, perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah sambil menyesali kesalahan yang dilakukan.

Ucaplah istighfar berulang kali:

أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا، هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Astaghfirullahal ‘Aziim Allazii Laa Ilaaha Illaa Huwalhayyul Qoyyumu Wa Atuubu Ilaiih”.

Maksudnya:

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Amalan ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 135 yang bermaksud:

“Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui”.

Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz “Astaghfirullah”, ataupun istighfar dalam erti kata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT.

Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Selepas itu anda boleh membaca zikir taubat nasuha seperti di bawah:

إِلٰهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلًا، وَلَاأَقْوَى عَلَى نَارِ ٱلْجِحِيْمِ، فَهَبْ لِيْ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِيْ، فَإِنَكَ غَافِرُٱلذَّنْبِ ٱلْعَظِيْمِ

“Ilaa Lilas Tu Lilfirdausi ahla, Walaa Aqwaa ‘Alaa Naaril Jahim, Fahablii Taubatanw Waghfir Zunuubii, Fainnaka Ghoofiruz Zanbil ‘Aziim”

Maksudnya:

“Tuhanku – Aku tidak layak untuk syurgamu, Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-Mu, Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku, Ampunkanlah dosaku sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar”

Doa Taubat

Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Jika anda tidak tahu untuk membaca sendiri doa secara spomtan, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini.

ٱللّٰهُمَّ اِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيْرًا وَلَا يَغْفِرُٱلذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْلِىْ مِنْ عِنْدِكَ مَغْفِرَةً إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْغَفُوْرُ ٱلرَّحِيْمُ

“Allahumma Inni Dzolamtu Nafsii Dzullman Kathiiron Walaa Yaghfiruz Zunuuba Illa Anta, Faghfirlii Min ‘Indika Maghfirotan Innaka Antal Ghofuurur Rohiim”.

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”.

Selesai sahaja berdoa, lakukan sujud dengan Membaca Penghulu Istighfar:

ٱللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا ٱلسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُبِذَنْبِى، فَاغْفِرْلِى فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُٱلذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ

“Allaahumma Anta Robbii Laa Ilaaha Illaa Anta, Kholaqtanii Wa-anaa ‘Abduka, Wa-anaa ‘Alaa ‘Ahdika Wawa’dika Mastatho’tu, A-‘uuzubika Min Syarrimaa Sona’tu, Abuu Ulaka Bini’matika ‘Alayya, Wa-abuu-u Bizanbii, Faghfirlii Fa-innahu Laayaghfiruz Zunuuba Illaa Anta”.

Maksudnya:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau”.

Baca – Senarai Lengkap Solat Sunat

Sumber: Aku Islam

PENUTUP

Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Yakinlah bahawa Allah akan mengampunkan kita jika kita benar-benar ikhlas untuk berubah dan menyesal serta tidak mengulangi lagu kesalahan lalu.

Semoga panduan ini dapat membantu sesiapa sahaja untuk melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin. Semoga Allah SWT ampuni kita dan memberi ketenangan kepada kita. Wallahu a’lam.

Kongsikan

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *