Tatacara Bacaan Wirid Selepas Solat (Panduan Lengkap)

WIRID

Panduan Lengkap Wirid Selepas Solat

Tatacara bacaan wirid selepas solat ini disediakan sebagai panduan yang lengkap bagi memudahkan anda belajar bagaimana untuk membaca wirid selepas solat fardhu. Kami sediakan tatacara wirid ini secara tersusun termasuk dalam ejaan rumi bagi memudahkan yang  kurang mahir membaca dalam tulisan Arab.

Semoga dengan adanya panduan wirid selepas solat ini sedikit sebanyak membantu sesiapa sahaja yang ingin melakukan ibadah solat dengan lebih lengkap. Jangan hanya selepas sahaja solat terus berdoa ringkas tanpa membaca wirid terlebih dahulu. Adalah rugi jika kita tidak mengambil peluang yang telah terhidang didepan mata.

Selepas sahaja menunaikan solat, janganlah kita terus mengubah kedudukan kita semasa Tahiyyat Akhir. Wirid dahulu dengan dimulakan dengan bacaan Istighfar 3 kali, La Ilaaha Illallahu Wahdahu Laa Syariikalah 10 kali dan Allahumma Ajirnaa Minannar sebanyak 7 kali. Selepas itu ubahlah kedudukan jika anda mahu kerana sungguh besar Fadhilatnya.

wirid selepas solat
Berwiridlah sebelum berdoa bagi melengkapkan solat anda.

Tatacara Wirid Selepas Solat

1. Baca Istighfar sebanyak 3 kali:

أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا، هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Astagfirullah Hal ‘Adzim Allazi laa ilaha illa, Huwal Hayyul Qoyyum Wa Atuubu illaih”.

“Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup beridir dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadanya”.

2. Baca ucapan dia bawah sebanyak 3 atau 10 kali:

لَا اِلَهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْىِ وَيُمِيْتُ وَهُوَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarii Kalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi WayumIitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai in Qodiir”.

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu”.

3. Baca bacaan berikut 3 atau 7 kali:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Allahumma Ajirnaa Minannaar”

“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka”.

4. Baca bacaan berikut:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُوْدُالسَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَالسَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Allahumma Antassalam, Wamin Kassalam, Wa ilaika Ya ‘Uudussalam, Fahayyina Robbana Bissalam, Wa Adkhilnal Jannata Daa Rossalam, Tabarakta Robbana Wata ‘Aalaita Ya Zal Jalaali Wal ikrom” 

“Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.

5. Seterusnya membaca Surah Al-Fatihah sekali:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَٰلَمِين، ٱلرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ، مٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، ٱهْدِنَا ٱلصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ، صِرٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Arrohmaanir Rohiim, Maaliki Yau Middiin, Iyyaaka Na’budu Wa-iyyaaka Nasta-‘inn, ihdinas Siroothol Mustaqiim, Siroothol Laziina An-‘amta ‘Alaihim Ghoiril Maghdhuubi ‘Alaihim Waladdhoolliin”.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.

6. Seterusnya baca Surah Al-Baqarah Ayat 163 sekali:

وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

“Wa ilaa Hukum ilaahum’ Wahidun Laa ilaaha illa Huwarrohmaanurrohim”

“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”.

7. Seterus baca Surah Al-Baqarah Ayat 255 (Ayatul Qursi) sekali:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Allaahu Laa ilaaha illaa Huwal Hayyul Qoyyum, Laa Ta‘khudzuhu Sinatun Walaa Naum, Lahu Maa Fissamaawaati Wamaa Fil Ardh, Man Dzal Ladziiyasy Fa ‘u ‘indahu illaa Bi-iznih, Ya’ Lamu Maa Baina Aidiihim Wamaa Kholfahum, Walaa Yuhiithuuna Bisyai in Min ‘ilmihi illaa Bimaa Syaa’, Wasi’a Kursiyuhus Samaawaati Wal Ardh, Walaa Ya Uuduhu Hifzuhumaa Wa Huwal ’Aliyyul ‘Azhiim”

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya”.

8. Seterusnya baca Surah Al-Baqarah Ayat 285 sekali:

آمَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهِ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ

“Aamanar Rasuulu Bimaa Unzila ilaihi Min Robbihi Wal Mu’minun, Kullun Aamana Billahi Wamala ikatihi Wakutubihi Warusulihi Laa Nufarriqu Baina Ahadim Mirrusulih, Waqoolu Sami’naa Wa Ato’na Ghufroo Naka Robbana Wa ilaikal Masiir”.

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

9. Seterusnya baca Surah Al-Baqarah Ayat 286 sekali:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَافِرِينَ

Laa Yukallifullahu Nafsan illa Wus ‘Aha,  Lahaa Maa Kasabat Wa ‘Alaiha Maktasabat, Robbanaa Laa Tu-aa Khiznaa Innasiinaa Au Akhto’na, Robbanaa Walaa Tahmil ‘Alainaa isron Kamaa Hamaltahu ‘Alallaziina Min Qoblina, Robbana Walaa Tuhammilna Maa Laa Thooqota Lanaabih, Wa’ Fu ‘Anna Waghfirlanaa Warhamna, Anta Maulaanaa Fansurnaa ‘Alalqaumil Kaafiriin”.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

10. Seterusnya baca surah Ali-Imran ayat 18

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَائِكَةُ وَأُولُو ٱلْعِلْمِ قَائِمًا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

“Syahidallaahu Annahu Laa ilaaha illaa Huwawal Malaa ikatu Wa Ulul ‘ilmi Qoo imam Bilqist, Laa ilaaha illaa Huwal ‘Aziizul Hakiim”. 

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

11. Seterusnya baca surah  Ali-Imran Ayat 19:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَامُ

“Innaddiina ‘Indallaahil Islam” 

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam”.

12. Seterusnya baca surah Ali-Imran ayat 26:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَالِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِي ٱلْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Qulillaahumma Maalikal Mulki Tu’til Mulkaman Tasyaa’, Watanzi-’ul Mulka Mimman Tasyaa’, Watu ‘izzuman Tasyaa’, Watuzillu Mantasyaa’, Biyadikal Khoir, innaka ‘Alaa Kuli Syai’in Qodiir”. 

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

13. Seterusnya baca surah Ali-Imran ayat 27:

تُولِجُ ٱللَّيْلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَيَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Tuulijullaila Finnahaari Watuulijunnahaa Rofillail, Watukh Rijulhayya Minal Mayyiti, Watukh Rijul Mayyita Minal Hayyi, Watarzuqu Mantasyaa’u Bighoiri Hisaab”.

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

14. Seterusnya baca surah Al-Ikhlas sekali:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ، ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Qul Huwallahu Ahad, Allahussomad, Lan Yalid Walam Yuulad, Walam Yakullahu Kufuwan Ahad”.

“Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

15. Seterusnya baca surah Al-Fatihah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَٰلَمِين، ٱلرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ، مٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، ٱهْدِنَا ٱلصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ، صِرٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Arrohmaanir Rohiim, Maaliki Yau Middiin, Iyyaaka Na’budu Wa-iyyaaka Nasta-‘inn, ihdinas Siroothol Mustaqiim, Siroothol Laziina An-‘amta ‘Alaihim Ghoiril Maghdhuubi ‘Alaihim Waladdhoolliin”.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.

MULAKAN BERTASBIH

16. Mulakan bertasbih dengan ucapan seperti berikut:

إِلَهِى رَبِّىْ سُبْحَانَ ٱللَّهِ

“Ilahiirabbii Subhaanallah”. 

“Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah”.

17. Mulakan tasbih seperti di bawah sebanyak 33 kali:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ

“Subhaanallah”

“Maha Suci Allah”.

18. Apabila cukup 33 kali bertasbih, sambung dengan bacaan berikut:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا قَائِمًا أَبَدًا، ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ

“Subhaanallahi Wabihamdihi Daa-iman Qoo-imann Abada, Alhamdulillah”. 

“Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya yang kekal selama-lamanya, Segala puji bagi Allah”.

19. Kemudian bertahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ

“Alhamdulillah”

“Segala puji bagi Allah”

20. Apabila cukup 33 kali bertahmid, sambung dengan bacaan berikut:

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ عَلَٰى كُلِّ حَالٍ وَفِيْ كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ، ٱللّٰهُ أَكْبَرُ

“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamin ‘Alaa Kulli Haalin Wafi Kulli Haalin Wani’mah, Allahu Akbar.” 

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat, Allah Maha Besar”.

21. Mulakan ucapan takbir seperti berikut sebanyak 33 kali:

ٱللّٰهُ أَكْبَرُ

“Allahu Akbar”

“Allah Maha Besar”

22. Apabila cukup 33 kali bilangan takbir, seterusnya membaca:

ٱللّٰهُ أَكْبَرْ كَبِيْرً وَٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْرًا وَصُبْهَانَ ٱللّٰهِ بُكْرَتً وَأَصِيْلًا، لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَلَهُ، لَهُ ٱلْمُلْكُ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَعَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيْرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيْمِ، أَسْتَغْفِرُٱللّٰهَ ٱلْعَظِيْمَ

“Allahu Akbar Kabironw, Walhamdulillahi Kasironw, Wasubhanallahi Bukrotanw Wa Ashiilaa, Laa ilaaha illallaahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahulmulku Walahul Hamdu Yuhyii Wayumiitu Wahuwa ‘Alaa Kullisyai-in Qodiirumw  Wa ilaihilmasiir, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billaahil ‘Aliyyil ‘Aziim, Astaghfirullaahal ‘Aziim”.

“Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah”.

Setelah selesai sahaja wirid, teruslah berdoa ke hadrat Allah SWT. Sesungguhnya doa selepas menunaikan Solat Fardhu sangatlah mustajab dan mudah dikabulkan.

KLIK – DOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Baca – Solat Jumaat dan Huraiannya

Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Jangan amalkan sering meninggalkan wirid setiap kali selepas solat. Sama-samalah kita perbetulkan jika ada kekurangan. Artikel ini disusun berpandukan portal Aku Islam. Terima kasih kerana bersama Media Islamik. Wallahu A’lam.

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *