Perkara Yang Membatalkan Solat

perkara yang membatalkan solat

Dalam mengerjakan kewajipan bersolat, seharusnya kita wajib mengambil tahu tentang perkara yang membatalkan solat. Terdapat sebelas perkara yang membatalkan solat yang anda perlu tahu.

Perkara Yang Membatalkan Solat

Hal-hal yang tidak termasuk dalam senarai 11 perkara yang membatalkan solat adalah tidak dikira menyebabkan solat anda terbatal.

Bagaimana anda mengetahui bahawa solat anda terbatal. Caranya adalah kita bersolat dengan adanya ilmu bukan hanya menjadi pengikut semata-mata.

Perkara Yang Membatalkan Solat

Sekiranya solat kita terbatal, maka wajib kita bersolat semula. Jadi, apakah perkara-perkara yang menyebabkan solat terbatal? Teruskan membaca.

Antara perkara yang menyebabkan solat seseorang itu terbatal adalah:

1. Berkata-kata dengan sengaja.

Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang difahami maksudnya.

2. Menambah atau mengurangkan perkara rukun dalam solat.

Membuat sesuatu perkara yang pada urufnya (adat) tidak disuruh dilakukan ketika dalam solat.

3. Kedatangan hαdαs.

Kedatangan hαdαs tidak kiralah sama ada hadas kecil atau hadas besar.

4. Terkena najis yang tidak dimaafkan.

Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan dan pakaian. Sekiranya terkena najis yang telah kering pada pakaian dan boleh dibuang segera, maka tidaklah batal solatnya. Najis tersebut juga tidak boleh disentuh dengan tangan.

5. Terdedah αurat.

Terdedah aurat walaupun secara tidak sengaja. Contohnya ditiup angin. Namun jika segera ditutup dalam masa yang cepat, maka tidaklah batal solatnya.

6. Membelakangkan kiblat.

Yakni dengan dadanya.

7. Mengubah niat

Umpamanya anda mahu menunaikan solat fardu asar namun niatnya tertukar kepada solat sunat asar, maka solat itu. Tetapi jika berniat sunat mutlak tidaklah batal.

8. Makan walaupun sedikit

Seperti menelan makanan seperti sebiji nasi yang tertinggal di dalam mulutnya kecuali dia terlupa.

9. Minum

Contohnya seseorang itu ketika solatnya menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.

10. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.

Contohnya ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf, begitu juga menangis ketika solat.

11. Terkeluαr daripada agama Islam

Dalam bersolat juga perlu ada ilmu

Peringatan Ketika Solat

1. Melangkah tiga langkah berturut-turut ketika solat akan menyebabkan solat itu batal. Jika dua langkah berturut ianya tidak batal.

2. Menambah rukun fi’li seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka solatnya batal.

3. Jika bersolat mengadap arah dinding, tiang atau apa-apa sekatan yang dibuat, disunatkan dia menolak orang yang melintas di hadapanya jika jarak diantaranya dengan sekatan yang tersebut itu lebih daripada tiga hasta yang sederhana.

4. Melintas di hadapan orang yang sedang solat adalah Hαrαm huk∪mnya.

5. Makruh jika mengangkat muka ke langit atau atas ketika solat.

6. Makruh jika menahan dari membuang air kecil atau besar atau angin (kentut).

7. Makruh solat sekiranya makanan sudah dihidangkan dan perut terasa lapar.

Itulah serba sedikit tentang perkara-perkara yang membatalkan solat dan beberapa perkara lain yang perlu kita ambil tahu. Bertayalah kepada orang yang mahir dengan ilmu agama jika kita ada kemusykilan. Wallahu a’lam.

Sumber: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid melalui Aku Islam

Baca: Tatacara Bacaan Wirid Selepas Solat (Panduan Lengkap)

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *