Solat Sunat Rawatib (Qabliyah & Ba’diyah)

solat sunat rawatib

Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib yang dikerjakan SEBELUM mengerjakan solat Fardhu dikenali sebagai Qabliyah manakala yang dikerjakan SELEPAS mengerjakan solat Fardhu dikenali sebagai Ba’diyah.

  1. Niat adalah berpandukan jenis solat yang akan dikerjakan.
  2. Tidak perlu diazankan atau iqamah.
  3. Dikerjakan secara sendirian.
  4. Bacaan yang perlahan (tidak dinyaringkan).
  5. Tidak lebih dari 2 rakaan dalam satu masa. Jika lebih, setiap 2 rakaat adalah satu salam (buat berasingan).
  6. Tempat mengerjakan sebaiknya berpindah sedikit dari tempat solat Fardhu yang baru selesai dikerjakan.

Solat Sunat Qabliyah

Ada empat (4) solat sunat Qabliyah iaitu:

  • 2 Rakaat sebelum menunaikan solat Subuh
  • 2 atau 4 Rakaat sebelum menunaikan solat Zohor
  • 4 Rakaat sebelum menunaikan solat Asar.
  • 2 Rakaat sebelum menunaikan solat Isyak.

solat rawatib

Solat Sunat Ba’diyah

Ada empat (3) solat sunat Ba’diyah iaitu:

  • 2 atau 4 Rakaat sesudah menunaikan solat Zohor
  • 2 Rakaat sesudah menunaikan solat Maghrib
  • 2 Rakaat sesudah menunaikan solat Isyak

Hukum Solat Sunat Rawatib

Terbahagi kepada dua (2) iaitu Mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan).

Banyak hadis-hadis Nabi SAW berkaitan dengan solat sunat Rawatib. Salah satunya adalah seperti di bawah iaitu berkaitan dengan jumlah raka’at.

Jumlah raka’at solat sunat Rawatib yang mu’akkad, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah RA menjelaskan terdapat dua belas raka’at solat Rawatib sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya:

“Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga”. – Sahih Muslim (728)

solat sunat qabliyah

Solat Rawatib Yang Mu’akkad

(1)  2 atau 4 Raka’at Sebelum Solat Zohor

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الظُّهْرِ قَبْلِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnataz Zuhri Qobliyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat Sebelum Zohor dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(2)  2 Daripada 4 Raka’at Sesudah Solat Zohor

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الظُّهْرِ بَعْدِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnataz Zuhri Ba’diyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat sesudah Zohor dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(3)  2 Raka’at Sesudah Solat Maghrib

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْمَغْرِبِ بَعْدِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَ

“Usolli Sunnatal Maghribi Ba’diyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat sesudah Maghrib dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(4)  2 Raka’at Sesudah Solat Isyak

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْعِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnatal ‘Isyaa-i Ba’diyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat sesudah Isyak dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(5)  Solat Sunat Sebelum Subuh

Kelebihan atau keuntungan solat sunat sebelum Subuh. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Dan Aisyah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda, ‘Dua raka’at fajar (solat sunat yang dikerjakan sebelum Subuh) itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.'” – (HR. Muslim)

2 Raka’at Solat Sunat Fajar

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْفِجْرِ رَكْعَتَيْنِ  ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnatal Fijri Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Fajar dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

2 Raka’at Sebelum Solat Subuh

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnatas Subhi Rak’ataini Qobliyyatan Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Sebelum Subuh dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

solat sunat ba'diyah

Solat Rawatib Ghairu Mu’akkad

(1)  2 Raka’at Terakhir (Daripada 4 Raka’at) Sebelum Solat Zohor

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الظُّهْرِ قَبْلِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnataz Zuhri Qobliyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat Sebelum Zohor dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(2)  2 Raka’at Terakhir (Daripada 4 Raka’at) Selepas Solat Zohor

Lafaz Niat:

صَلِّى سُنَّةَ الظُّهْرِ بَعْدِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnataz Zuhri Ba’diyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat sesudah Zohor dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(3)  4 Raka’at Sebelum Solat Asar

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnatal ‘Asri Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat Sebelum Asar dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(4)  2 Raka’at Sebelum Solat Maghrib

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْمَغْرِبِ قَبْلِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnatal Maghribi Qobliyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat Sebelum Maghrib dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

(5)  2 Raka’at Sebelum Solat ‘Isyak

Lafaz Niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْعِشَاءِ قَبْلِيَّةً رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

“Usolli Sunnatal ‘Isyaa-i Qobliyyatan Rak’ataini Lillahi Ta’ala”.

Ertinya: “Sahaja Aku solat sunat Sebelum ‘Isyak dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.

rawatib

Cara Mengerjakan Solat Sunat Rawatib

Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib sama seperti dengan cara mengerjakan solat sunat yang lain namun niatnya sahaja berbeza.

Surah Selepas Al-Fatihah

Surah yang biasa dibaca adalah:

  • Rakaat Pertama – Surah Al-Kafirun
  • Rakaat Kedua – Surah Al-Ikhlas

Anda boleh baca apa saja surah mengikut kemampuan anda.

Baca – Senarai Lengkap Solat Sunat

RUMUSAN

Menerusi Al-Kahfi 1029, Mufti Wilayah menjelaskan bahawa bilangan raka’at solat sunat Rawatib yang mu’akkad adalah 10 raka’at. Bagi yang Ghairu Mu’akkad pula ialah sebanyak 12 rakaat. Namun yang paling terbaik adalah jika kita memperbanyakkan solat sunat tanpa mengira samada ia Mu’akkad ataupun bukan Mu’akkad.

Semoga Artikel ini sedikit sebanyak membantu anda. Jika ada kelapangan kerjakanlah 12 raka’at solat Rawatib yang lengkap serta sempurna. Jika tiada masa, sedaya upaya kerjakan 10 raka’at sahaja. Selamat beramal.

Kongsikan

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *