Solat Sunat Tahajjud Serta Doa (Panduan Ringkas)

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud merupakan solat malam yang dilakukan setelah terjaga dari tidur. Solat ini lebih afdal dibuat secara bersendirian selepas tengah malam atau di sepertiga malam. Ianya sangat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW sendiri serta para sahabat tidak pernah meninggalkan solat tahajud sepanjang hayat mereka.

Dalam Surah Al-Isra’ Ayat 79 Allah SWT berfirman:

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْبِهٖ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Wa-minallaili Fatahajjadbihii Naafilatallaka ‘Asaaaa Anyyab-‘athaka Robbuka Maqoomam Mahmuudaa

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, sebar luaskan lah salam dan berikan lah makanan serta solat malam lah diwaktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (HR-Tirmidzi)

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

  • Merupakan solat sunat yang paling afdal.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah.
  • Allah memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Sirat.

CARA MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD

Tiada had dalam menunaikan Solat Sunat Tahajjud. Caranya tetap sama dengan menunaikan solat sunat yang lain dengan setiap dua raka’at satu salam. Bagi mereka yang tidak mampu melakukannya, buatlah sekadar termampu walaupun hanya dua raka’at kerana Allah suka hambanya beribadat kepadanya secara berterusan walaupun sedikit.

Dari Aisyah R.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Amalan yang Allah sukai adalah yang terus menerus (istiqomah) walaupun sedikit.” (HR-Bukhari dan Muslim)

MEMBACA DOA SEBELUM SOLAT TAHAJJUD

Sebelum menunaikan Solat Sunat Tahajud, seeloknya anda membaca doa seperti di bawah:

لَاإِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِى وَأَسأَلُكَ رَحْمَتَكَ. ٱللَّهُمَّ زِدْنِى عِلْمًا وَلَاتُزِغْ قَلْبِى بَعْدَ إِذْهَدَيْتَنِى وَهَبْ لِى مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْوَهَّابُ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلََّذِى أَحْيَانِى بَعْدَ مَا أَمَاتَنِى وإِلَيْهِ ٱلنُّشُرِ. وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَٱلْحَمْدً لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ

Laa-ilaha Illaa Anta Subhaanaka, Astaghfiruka Lizanbii Wa-asaluka Rohmataka. Allahumma Zidnii ‘Ilmanw Walaa Tuzigh Qolbii Ba’da Izhadaitanii Wahablii Minladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhaab. Alhamdu Lillaahillazii Ahyaanii Ba’da Maa Amaatanii Wa-ilaihin Nusyuur. Wasollallaahu ‘Alaa Saiyyidinaa Muhammadin Wa-‘alaa Aaalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdu Lillaahi Robbil ‘Aalamiin.

“Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau, aku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan aku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah, tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah aku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nya lah tempatku kembali”.

LAFAZ NIAT SOLAT TAHAJJUD

أُصَلِّى سُنَّةَ ٱلتَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usollii Sunnatat Tahajjudi Rak’ataini Lillaahi Ta’aalaa

“Daku Solat Sunat Tahajjud dua raka’at, kerana Allah Ta’ala”.

Hendaklah diniatkan di dalam hati semasa mengangkat takbiratulihram

BACAAN SURAH SELEPAS AL-FATIHAH

Anda boleh membaca surah-surah seperti yang dinyatakan di bawah:

PERTAMA

A. Pada raka’at yang pertama: Ayatul Kursi sebanyak 7 kali
B. Pada raka’at yang kedua: Surah al-Ikhlas (11 kali)

Atau

KEDUA

A. Pada raka’at yang pertama: Surah Al-Kafirun
B. Pada raka’at yang kedua: Surah al-Ikhlas

Atau

KETIGA

Surah Al-Imran (10 ayat terakhir)

DOA KETIKA SUJUD TERAKHIR

Selepas membaca tasbih pada sujud yang kedua pada raka’at terakhir, bacalah doa di bawah sebanyak 3 kali:

رَبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنْكَ سُلْطَانًا نَّصِيْرًا

Robbi Adkhilnii Mudkhola Sidqin Wa-akhrijnii Mukhroja Sidqin Waj’allii Milladunka Sultoonan Nasiiroo

“Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”.

DOA SESUDAH MEMBERI SALAM

Selepas memberi salam bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW seperti di bawah:

ٱللَّهُمَّ ٱجْعَلْ فِى قَلْبِى نْوْرًا، وَفِي لِسَانِى نْوْرًا، وَٱجْعَلْ فِى سَمْعِى نْوْرًا، وَٱجْعَلْ فِى بَصَرِى نْوْرًا، وَٱجْعَلْ فِى خَلْقِى نْوْرًا، وَمِنْ أَمَامِى نْوْرًا، وَٱجْعَلْ مِنْ فَوْقِى نْوْرًا وَمَنْ تَحْتِى نْوْرًا. ٱللَّهُمَّ أَتِنِى نْوْرًا

Allahummaj ‘Alfiiqolbii Nuuraa, Wafii Lisaanii Nuuraa, Waj-‘alfii Sam-‘ii Nuuraa, Waj-‘alfii Basorii Nuuraa, Waj-‘alfii Kholqii Nuuraa, Wamin Amaamii Nuuraa, Waj-‘almin Fauqii Nuuraan Waman Tahtii Nuura. Allahum Atinii Nuuraa.

“Ya Allah, Jadikanlah dihatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan pada penglihatanku cahaya, jadikan di belakangku cahaya dan dihadapanku cahaya dan dari bawahku cahaya. Ya Allah, Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang”.

DOA SOLAT TAHAJJUD

Seterusnya bacalah doa tahajud seperti di bawah:

DOA RINGKAS

رَبَّنَآ آتِنَافِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى ٱلْآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Robbanaa Aatinaa Fiddun-yaa Hasanah, Wafil Aakhiroti Hasanah, Waqinaa ‘Azaa Bannaar

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada siksaan api neraka”.

DOA PANJANG

ٱللَّهُمَّ لَكَ ٱلْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ ٱلسَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ ٱلْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ ٱلسَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ ٱلْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُٱلسَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ ٱلْحَمْدُ أَنْتَ ٱلْحَقُّ، وَوَعْدُكَ ٱلْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقُّ، وَقَوْلُكَ حَقُّ، وَٱلْجَنَّةُ حَقُّ، وَٱنَّارُحَقُّ، وَانَّبِيُّوْنَ حَقُّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ، وَالسَّاعَةُ حَقُّ، ٱللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْلِى مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى، أَنْتَ ٱلْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ ٱلْمُؤَخِّرُلَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Allahumma Lakalhamdu Antaqoyyimus Samaawaati Wal-Ardhi Waman Fiihinn, Walakalhamdu Lakamulkus Samaawaati Wal-Ardhi Waman Fiihinn, Walakalhamdu Anta Nuurus Samaawaati Wal-Ardhi Waman Fiihinna Walakalhamdu Antal Haqq, Wawa’dukal Haqqu Waliqoo Uka Haqq, Waqauluka Haqq, Waljannatu Haqq, Wannaaru Haqq, Wannabiyyuuna Haqq, Wa Muhammadun Sollollaahu A’laihi Wasallama Haqq, Wassaa A’tu Haqq, Allahumma Laka Aslamtu Wabika Aamantu Wa-a’laika Tawakkaltu Wa-ilaika Aanabtu, Wabika khoosomtu Wa-ilaika Haakamtu, Faghfirlii Maa Qoddamtu Wamaa Akh-Khortu Wamaa Asrortu Wamaa A’lantu Wamaa Anta A’lamubihi Minnii, Antal Muqoddimu Wa-Antal Mu-akh-khiru Laa Ilaaha illaa Anta Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billah

“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

رَبَّنَآ آتِنَافِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى ٱلْآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ، وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلَهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ

Robbanaa Aatinaa Fiddun-yaa Hasanah, Wafil Aakhiroti Hasanah, Waqinaa ‘Azaa Bannaar. Wasollallaahu ‘Alaa Saiyyidinaa Muhammadin Wa-‘alaa Aaalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdu Lillaahi Robbil ‘Aalamiin.

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada siksaan api neraka. Selawat Allah ke atas Penghulu kamu Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh Alam”.

SUKAR UNTUK ANDA BANGUN MALAM?

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajud, kemudian tidurnya terlajak hingga ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Berikut beberapa TIPS bagi memudahkan anda bangun di tengah malam bagi menunaikan Solat Tahajud:

1. Pasang niat dalam hati malam ini mahu Solat Tahajjud masuk tidur.
2. Jauhkan dari perkara-perkara yang berkaitan dengan maksiat.
3. Makan dan minum hendaklah bersederhana.
4. Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur seperti 3 Qul, Ayatul Qursi dan sebagainya.
5. Kunci Jam loceng, buatkan notifikasi pada telefon mudahalih anda.

Baca Juga: Senarai Lengkap Solat Sunat

Sumber: Shafiqolbu

Setiap ibadah itu mampu atau tidak mampu, mahu atau tidak mahu, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Jika benar-benar berhendak dengan niat yang ikhlas, Insyaallah, akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Wallahu a’lam

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

2 Comments

  1. Assalamualaikum kepada semua penulis, saya sekadar nak bertanya saja. Betul ke bacaan dalam rumi tu untuk niat : Usollii Sunnatat? T

    Terima kasih. Saya juga sedang belajar tapi kadang tu terpaksa rujuk pada bacaan rumi dan jawi, terasa mcm kurang betul atau saya yang tak betul. Sudilah pihak admin beritahu saya kerana saya sedang belajar untuk mengenali dan menghayati dengan betul agama kita terutama dalam solat seharian.

    Semoga pertanyaan saya dapat jawapan dengan segera. Saya nak bertanya pada orang lain terasa malu apatah lagi saya sorang diri. Terima kasih ye.

    1. Waalaikumussalam. Ini dalam Arab (أُصَلِّى سُنَّةَ ٱلتَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى). Cik perhatikan betul-betul lafaz niat itu. Sunnatat-tahajjudi. Alif dan Lam tidak dibaca atau Alif Lam Syamsiah. Maka dibaca TAT bukannya SUNNATAL-TAHAJJUDIN. Niat semasa solat adalah semasa kita mengangkat Takbiratul Ihram. Niatnya cukup dalam bahasa ibunda kita iaitu: “Daku Solat Sunat Tahajjud dua raka’at, kerana Allah Ta’ala”. Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *