Senarai Lengkap Solat Sunat

solat sunat

Solat Sunat

Maksud

Adapun maksud Solat Sunat atau Sembahyang Sunat adalah solat yang dilakukan secara sukarela. Ia juga disebut sebagai Solat Nawafil atau Tatawwu’. Dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memohon kasih sayang daripadaNya.

Mereka (seorang muslim) yang mengerjakannya dengan ikhlas akan diberi lebih perhatian dan lebih dikasihi oleh Allah SWT jika dibandingkan dengan mereka yang hanya mengerjakan solat fardhu.

Rasulullah SAW sendiri banyak melakukan amalan sunat hingga menimbulkan rasa cemburu di kalangan sahabat baginda. Mereka turut berlumba melakukannya.

Fadhilat

Setiap sembahyang sunat mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Orang-orang yang beriman digalakkan untuk mengerjakan amalan sunat terutamanya solat.

Jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, Allah SWT menjamin kejayaan mereka yang melakukannya samada dalam kehidupan dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah dalam Suraj Al-Mukminun Ayat 1 dan 2:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ،   الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”.

sembahyang sunat
Antara solat sunat yang dilakukan secara berjemaah adalah Solat Aidilfitri

Hukum Mengerjakan Sembahyang Sunat

Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak melakukannnya.

Kelebihan Sembahyang Sunat

  • Menambah kesempurnaan bagi solat fardhu
  • Menampung kekurangan dalam solat fardhu.
  • Meningkatkan keimanan seseorang dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan diri hamba dengan pecipta.
  • Beroleh ketenangan diri.
  • Mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT.

Pembahagian Sembahyang Sunat

Solat sunat dibahagikan kepada 2 iaitu:

  • Sunat Mu’akkad iaitu sunat yang digalakkan.
  • Sunat Ghairu Mu’akkad iaitu sunat yang tidak diberatkan.

Antara solat-solat sunat ada yang hanya boleh dilakukan secara bersendirian dan dilakukan secara berjemaah.

Sembahyang Sunat Yang Dikerjakan Secara Berjemaah

Solat sunat yang boleh dilakukan secara berjemaah adalah seperti berikut:

  • Solat Tarawih
  • Solat Hari Raya Aidilfitri
  • Solat Hari Raya Aidiadha
  • Solat Istisqa’ (Solat Minta Hujan)
  • Solat Gerhana Matahari dan Bulan
  • Solat Witir
  • Solat Hajat
solat sunat
Solat Dhuha antara yang dilakukan secara sendirian

Sembahyang Sunat Yang Dikerjakan Secara Bersendirian

Solat sunat yang dilakukan secara bersendirian adalah seperti berikut:

  • Solat Tahiyyatul Masjid
  • Solat Rawatib
  • Solat Taubat
  • Solat Dhuha
  • Solat Tahajjud
  • Solat Istikharah
  • Solat Isyraq
  • Solat Awwabin
  • Solat Wuduk
  • Solat Tasbih
  • Solat Hajat (boleh secara berjemaah)
  • Solat Sunat Ihram
  • Solat Sunat Tawaf
  • Solat Sunat Musafir
  • Solat Sunat Mutlak

Waktu Yang Diharamkan Sembahyang Sunat

Dikenali juga sebagai waktu Tahrim. Waktu-waktu yang diharamkan mengerjakan sembahyang sunat adalah seperti berikut:

  • Sesudah solat subuh
  • Disaat matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Diwaktu matahari tegak di atas kepala (waktu rembang).
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.

Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu solat sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat istikharah, solat musafir dan solat Ihram.

Bagi solat yang bersebab seperti solat Sunat Wuduk, Solat Qadha, Solat Tahiyyatul Masjid, Solat Tawaf, Sujud Tilawah dan Sujud Syukur boleh dilakukan.

solat sunat
Banyak kelebihan kepada mereka yang mengamalkan sembahyang sunat. Antaranya adalah dipertingkatkan keimanan mereka.

Kelebihan Mengerjakan Sembahyang Sunat

1. Sesetengah sembahyang sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah serta faedahnya.

2. Sebagai contoh seseorang yang sering mengamalkan Solat Tahajjud bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.

3. Bagi mereka yang sering mengerjakan Solat Dhuha pula rezekinya tidak putus dan dipermudahkan segala urusannya.

4. Mereka yang mengerjakan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

5. Orang yang mengamalkan Solat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah.

Begitu juga jika mengamalkan solat-solat yang lain, sudah tentu ada keistimewaannya yang tersendiri.

Semoga artikel dari sumber Aku Islam ini memberi manfaat kepada anda semua.

Kongsikan

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *