Kelebihan Baca Surah At Taubah Ayat 128 dan 129 Selepas Solat

kelebihan membaca surah at taubah

Surah At Taubah mengandungi 129 ayat dan diturunkan di Madinah. Dinamakan dengan  At Taubah (Taubat) kerana pada ayat ke 117 ada disebut perihal golongan yang telah bertaubat dari kesalahan mereka yang salah lalu dan Allah telah menerima taubat mereka.

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jika dibaca pada waktu pagi, Insya Allah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT.

surah at taubah
Bacalah Surah At Taubah setiap hari

Kelebihan Lain Surah At Taubah

Ini juga kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah. Antaranya:

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Surah At Taubah

at taubah 128

Maksudnya:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.

at taubah 129

Maksudnya:

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar”.

Baca Juga – 14 Waktu Mustajab Berdoa

Petanda Sebelum Ajal

Walaupun kita dah hafaz dan sering mengamalkan 2 ayat ini, di saat ajal kita sampai kita tidak akan mampu untuk membacanya lagi. Inilah petunjuk Allah bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat untuk membaca ini. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Nama Lain Surah At Taubah

Surah ini juga dinamakan surah “Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yang bermaksud “Pembatalan Perjanjian” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Intisari kandungannya adalah menerangkan perisytiharaan dari Allah dan RasulNya, yang ditujukan kepada kaum musyrikin Arab dan ditegaskan bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasulullah SAW. Maka perjanjian itu dibatalkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka diberi waktu selama 4 bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam maka mereka akan dimusnahkan di mana saja mereka ditemui.

Surah ini juga menandakan rahsia kaum munafik (yang pura-pura Islam) pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya. Surah ini pula dari asalnya tidak diawali dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim.

Semoga bermanfaat. Selepas baca sila LIKE dan SHARE di Page Media Islamik. Terima kasih.

Sebahagian Sumber: Warna Kebahagian

You May Also Like

About the Author: Anwar as-Sidqi

Kami berkongsi info berkaitan dengan islam kepada sesiapa sahaja yang berminat. Mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala dan saham akhirat nanti.

3 Comments

  1. JOM BACA, HAFAL DAN AMALKAN SURAH AL-MULK

    Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada suatu surat dari al qur’an yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, yaitu: “Tabaarakalladzii biyadihil mulku… (surat Al Mulk)”

    (HR. Tirmidzi no. 2891)

    https://www.facebook.com/surahalmulk1/

    1. Insya Allah dan memang dibaca setiap hari seleps subuh serta menghafaznya. Terima kasih tuan kerana mengingatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *